• home
  • privacy policy
  • disclaimer
  • contact

For Berita

Membawakan berita malaysia semasa yang terkini okay? Berita online for Malaysia.

Home » Semakan » Semakan Senarai Hitam PTPTN

Semakan Senarai Hitam PTPTN

By Adib | at Tuesday, 15 November 2016 09:54

SHARE :
Tweet

Semakan Senarai Hitam PTPTN okay? Senarai hitam ini bermaksud anda tidak dapat ke luar Negara kerana status anda telah disenaraikan hitam o...

Semakan Senarai Hitam PTPTN okay? Senarai hitam ini bermaksud anda tidak dapat ke luar Negara kerana status anda telah disenaraikan hitam oleh pihak PTPTN. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Imegresen telah menyediakan khidmat semakan secara atas talian untuk warganegara Malaysia membuat semakan status senarai hitam ‘blacklist’ Imegresen dan PTPTN.

semakan blacklist PTPTN

Cara Membuat Semakan Senarai Hitam Imegresen

Bagi memudahkan perjalanananda ke luar Negara, anda dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imegresen, PTPTN ini bagi mengelakkan sebarang masalah untuk meneruskan perjalanan anda. Berikut adalah cara melakukan semakan blacklist ini :

Klik pautan ini. : http://sspi2.imi.gov.my/

Sila masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK

Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai "Tiada Halangan" (Tiada sekatan). Sekiranya nama anda telah disenaraihitam, sila buat rundingan dan menjelaskan amaun yang dipersetujui bersama tujuh (7) hari sebelum bertolak ke Luar Negara dan memaklumkannya kepada PTPTN selepas bayaran tersebut dibuat.

Cara Membuat Semakan Senarai Hitam PTPTN Online

Bagi peminjam PTPTN, senarai hitam ini dikenakan kepada mereka yang mempunyai tunggakan dan enggan membayar balik walaupun sudah menerima surat amaran dari PTPTN. Semakan senarai hitam PTPTN boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat

Berikut alternatif semakan senarai hitam PTPTN :
1. Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan http://sspi2.imi.gov.my
2. Portal Rasmi PTPTN - Semakan Senarai Hitam
3. Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
4. Hadir di kaunter PTPTN / JIM


Kesan Senarai Hitam Peminjam PTPTN Dalam Rekod CCRIS
1. Peminjam PTPTN yang enggan membuat bayaran balik hutang mereka, menyebabkan mereka tidak dapat keluar negara. Mereka akan disekat di bahagian Imigresen airport.
2. Peminjam PTPTN juga tidak dapat memohon atau memperbaharui pasport mereka.
3. Penguatkuasaan senarai hitam diambil kepada mana-mana penerima biaya (peminjam PTPTN) yang mempunyai tunggakan bayaran balik pembiayaan atau pinjaman.



Tags: Semakan

0 comments:

Next Entries → ← Previous Entries Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Search This Blog

Tags

  • BR1M
  • Gaji
  • MUET
  • Pendidikan
  • Semakan
  • Sukan

Thesis By Adib Site |